Mengapa anda perlu belajar Analisis Teknikal?
Salam.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang membeli ebook dan buku Analisis Teknikal Harga Emas semenjak dari awal di lancarkan sehinggalah kini. Ketika artikel ini sedang di tulis, saya sudah hampir 80% menyiapkan update bagi ebook tersebut; yang mana ianya merupakan update kali ke 3.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah menghadiri Seminar Pelaburan Emas dan Analisis Teknikal sebelum ini. Input yang di berikan oleh peserta terdahulu telah saya gunakan untuk memperbaiki kualiti dan content presentation saya.
OK, berbalik kepada persoalan utama kita; mengapa anda perlu belajar Analisis Teknikal?
Secara ringkasnya, dengan mempelajari ilmu Analisis Teknikal anda akan dapat:
- Mengetahui bilakah masa yang paling terbaik untuk membeli, memborong atau pun menjual stok emas yang ada.
- Bagaimanakah anda, sama ada anda dealer Public Gold atau pun tidak, dapat memaksimumkan keuntungan dengan mengetahui turun dan naik harga emas DAN
- Bagi yang bercita-cita ingin menukar kerjaya kepada Pembaca Graf Sepenuh Masa (macam saya!), ini adalah langkah pertama anda ke arah kerjaya yang juga di gelar sebagai Recession Proof Career ini. Mana tak nya, takda sape yang boleh pecat anda!
Baiklah, apa sebenarnya yang akan anda belajar nanti? Emm kita mulakan dengan yang pertama:
- Bagaimana mahu menggunakan MetaTrader 4 selaku platform utama untuk memantau harga emas. Anda akan di ajar bagaimana mahu meng-install, mencipta akaun baru, bermain dengan tools dan indicators dan lain-lain lagi.
- Analogi: Bayangkan jika anda mahu memandu kereta baru….ok…, apa kata kereta itu ialah BMW 5 Series F10. Baik. Bagi yang biasa membawa kereta kancil atau Saga BLM, nak carik hand brake bukanlah satu major issue. Begitu juga yang memandu Camry; walaupun hand brake Camry wajar digelar leg brake!. Tapi jika anda memandu F10, jangan harap anda menjumpai hand brake sebab memang takde!
- Jadi sebelum anda ingin membaca harga emas, apa kata saya ajar anda untuk membiasakan diri dan jari jemari anda dengan segala mak nenek yang ada dalam MetaTrader 4 tu. Insyallah, ia akan dapat membantu anda semua untuk bergerak dengan lebih pantas kelak.
Yang kedua;
- Harga ialah candlestick dan candlestick itu adalah harga. Di dalam study candlestick ini, saya akan mengajar anda betapa pentingnya chart patterns. Tanpa mempelajari candlestick, sebenarnya anda tidak belajar apa-apa dari Analisis Teknikal. Tak percaya? Boleh baca artikel dari Jim Wyckoff, penganalisis teknikal kitco.com.
- Even better, saya petik sedikit dari artikel beliau. Kata nya, “My “primary” trading tools include chart patterns, fundamental analysis and trend lines.” Kalau dah Jim Wyckoff kata primary trading tools nya ialah chart pattern, siapa kita nak kata chart pattern tak penting? Malah dalam kesemua buku teknikal saya baca sepanjang 6 tahun ini, asas utama yang di titikberatkan ialah berkaitan candlestick, sama ada pattern ataupun formation. Maksudnya…penting la tu.
- Mengapa anda perlu belajar membaca candlestick atau pun chart pattern ini? Mudah saja. Kerana dengan mempelajarinya anda akan dapat mengetahui sama ada harga emas akan naik dan terus naik lagi ATAU pun ianya akan turun semula. Pentingkan?
Yang ketiga;
- Jika anda sudah mendapat hint, atau idea, bila harga emas akan jatuh atau naik, seterusnya anda juga perlu tahu ini; kalau harga jatuh, dia boleh jatuh sampai berapa? Kalau dia naik pulak, naik sampai berapa?.
- Persoalan di atasa boleh di jawab dengan mempelajari konsep Support dan Resistance (S&R) levels. Displin S&R ini terbahagi kepada 2 bahagian iatu; Price Action dan Fibonacci level. Insyallah saya akan menerangkan kepada anda dengan sejelas-jelasnya.
- Owh, lagi satu…biasanya bahagian ini akan di ajar selepas lunch. Dan kalau lunch kat Cititel tu memanglah sangat sedap. So…..gendang gendut tali kecapi lah, kenyang perut, mata tu kena lah sendal dengan lidi
.
Yang ke empat;
- Seperti juga penganalisis teknikal profesional yang lain, saya juga mempunyai secondary toolbox saya. Untuk topik ini, saya akan menerangkan bagaimana untuk melukis trend line dan equidistant channel, menggunakan Moving Average dan juga membaca Relative Strength Index atau RSI.
dan yang terakhir sekali ialah;
- Saya akan mengajar anda bagaimana untuk memaksimakan keuntungan anda dengan pelaburan emas fizikal Public Gold dan UOB Gold Saving Account. Bab ni kita akan banyak kira-kira. Dan untuk rekod, saudara Syukor Hashim sendiri pernah untung satu malam sebanyak RM3000 dalam hanya satu malam! (esok nya dia belanja saya kentaki!)
- Tak perlu lah bawa kalkulator sebab dalam laptop kita pon dah ada kalkulator. Tapi kalau ada yang nak bawak, bawak lah lebih ye!
Eh, mimpi apa pulak saya malam ni. Apa kata…..saya share kan terus slide Analisis Teknikal yang saya siapkan untuk kelas di Kota Bahru, Kelantan baru-baru ini. Sekurang-kurangnya, anda dapat overview dengan lebih jelas apa yang anda akan hadapi. ok? Bole? Sila baca dengan tenang
Analisis Teknikal Kota Bahru 19 Nov 2011
Nah! Semuanya saya dah berikan kepada anda. Sekarang adalah masanya untuk anda mengambil tindakan yang sebijak-bijaknya.
DAFTARLAH SEKARANG UNTUK KELAS PELABURAN EMAS DAN ANALISIS TEKNIKAL.
Insyallah kita akan berjumpa di Cititel Midvalley pada 17 Disember 2011 ini.
Terima kasih.
Shufaad
+60166447174
Scridb filter







